top of page

GP PLYWOOD TELAH BERHASIL MENGELUARKAN PLYWOOD BERTAMA PADA (02/12/2024)

Dengan rasa syukur dan bangga, kami di GP PLYWOOD ingin mengumumkan bahawa kami telah berjaya mengeluarkan plywood pertama kami pada 2 Disember 20242. Hal ini juga selaras dengan penukaran nama syarikat permint plywood sdn bhd kepada gp plywood sdn bhd yang juga telah bermula pada tarikh yang sama dengan pengeluaran plywood. . Ini merupakan satu pencapaian besar yang menandakan bermulanya operasi penuh kilang kami dan langkah awal ke arah merealisasikan visi kami dalam industri papan lapis tempatan dan serantau.


Setelah melalui pelbagai fasa persiapan termasuk pembinaan fasiliti, pemasangan mesin, serta latihan tenaga kerja, hari bersejarah ini menjadi bukti dedikasi dan komitmen seluruh pasukan GP PLYWOOD. Kami amat menghargai sokongan daripada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan perjalanan ini, terutamanya rakan kongsi, pembekal, pelanggan awal serta komuniti setempat.


Produk plywood pertama ini bukan sahaja melambangkan titik permulaan kami, tetapi juga menjadi simbol kualiti dan standard tinggi yang akan terus kami pegang dalam setiap helaian papan lapis yang dihasilkan.


Kami kini bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pasaran dengan produk berkualiti tinggi, harga yang kompetitif dan perkhidmatan yang boleh dipercayai. Nantikan lebih banyak kemas kini dan pencapaian daripada kami di GP PLYWOOD.


Terima kasih atas sokongan anda – ini baru permulaan!

 
 
 

Comments


Contact us

Thickness

Our Trademark:

GP Plywood Sdn Bhd (198101003893)

Kawasan Perindustrian Bandar Al muktafi Billah Shah,

23400 Dungun, Terengganu, Malaysia.

Call / whatsapp : +6013-922 3400 

pefc logo.png
527e6366-2f40-4649-a138-80d833d2e49d.png
bottom of page